Dasar Kualiti
Dasar kualiti Kolej Komuniti Tapah adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang teknologi senibina melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Kolej Komuniti Tapah berusaha untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.
Objektif Kualiti
Kecemerlangan Akademik
- Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
- Berusaha memastikan sekurang-sekurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.
Kecemerlangan Staf
- Memastikan setiap staf menghadiri kursus atau menjalani latihan selama 5 hari setahun.
- Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh setahun.
Kecemerlangan Proses
- Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan atau mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.
- Mengaplikasikan mekanisme bagi merancang, melaksana, memantau dan mengukur tahap pencapaian prestasi organisasi.