Pengenalan
Unit Pendidikan Berterusan diwujudkan bertujuan untuk membantu membangunkan potensi kumpulan sasar komuniti setempat. Pelbagai kursus pendek yang dilaksanakan di kolej komuniti telah menyumbang kepada pengurangan jurang tenaga mahir yang dihadapi oleh industri melalui program peningkatan kemahiran dan latihan semula (upskilling and reskilling). Program ini bercirikan program terlanggan (customised programme) iaitu dilaksanakan dengan fleksibel untuk pekerja industri selaras dengan agenda Revolusi Industri 4.0. Antara kluster kursus yang dijalankan adalah sajian dan makanan, aplkasi komputer, grafik dan multimedia, elektrik, elektronik dan lain-lain.
Golongan sasaran ialah golongan miskin tegar, ibu tunggal, belia dan warga emas/ pesara, komuniti setempat, institusi pendidikan, kariah masjid, pusat tahfiz, agensi kerajaan dan swasta, lepasan sekolah, pelajar sekolah warga emas, Orang kurang Upaya (OKU), suri rumah dan lain-lain dengan ilmu kemahiran hidup dan teknikal serta keusahawan.