SISTEM PENGAJIAN
PENGENALAN
Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem akademiknya berpandukan sistem semester. Sistem ini semester merupaka sistem yang meluas penggunaannya di pusat pengajian tinggi tempatan pada masa kini.
TAHUN AKADEMIK
Tahun Akademik di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia dibahagikan kepada 2 semester iaitu:
Semester Jun
Semester Disember
HUBUNGAN ANTARA KURSUS DALAM SESUATU SEMESTER
Tiap-tiap kursus yang dipelajari dalam satu semester dianggap sebagai kursus yang berasingan. Pelajar dikehendaki lulus dalam kursus yang diambil. Sekiranya pelajar gagal dalam sesuatu kursus, hanya kursus tersebut yang perlu diambil semula. Kelulusan kursus lain tidak akan terjejas.
PENILAIAN BERTERUSAN
Dalam sistem semester, penilaian pencapaian pelajar dalam sesuatu kursus dibuat secara berkala dan berterusan di sepanjang semester melalui kerja kursus seperti berikut:
- Kuiz
- Ujian
- Amali
- Tutorial
- Tugasan-tugasan lain
Ini bermaksud penilaian pelajar bukan semata-mata bergantung pada peperiksaan akhir semester sahaja.
LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri (LI) merupakan sebahagian dari syarat kurikulum Kolej Komuniti KPT yang mesti dipenuhi oleh semua pelajar sebelum dianugerahkan diploma. LI bertujuan memberi pendedahan tentang suasana kerja yang sebenar serta menghubungkaitkan kefahaman teori dan amali yang telah dipelajari.Tempoh LI ialah selama satu semester. Pelajar akan menjalani LI pada semester ke-4 pengajiannya.
PENASIHAT AKADEMIK
Penasihat Akademik memainkan peranan penting dalam membantu pelajar merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka. Pelajar amat memerlukan khidmat nasihat daripada Penasihat Akademik yang menyeluruh di sepanjang pengajiannya. Penasihat Akademik akan sentiasa memantau pencapaian akademik setiap pelajar di bawah jagaannya.
TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian bagi program pengajian peringkat Sijil mengambil masa selama 4 semester atau minimum 2 tahun.
WAKTU KULIAH
Waktu kuliah di Kolej Komuniti Tapah adalah seperti berikut:
Hari: Isnin hingga Jumaat sahaja
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
YURAN PENGAJIAN
Yuran Pengajian sebanyak RM 200.00 setiap semester
BAYARAN PELBAGAI (Sekali sahaja)
RM 150.00 (Anggaran)