Tajaan

Berikut merupakan tajaan dan bantuan kewangan yang disediakan

Program ObjektifBantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM5,249 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.
Golongan SasaranPelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM5,249.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.
Peringkat PengajianSijil
Tempat PengajianKolej Komuniti
Jumlah BantuanPelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk tiga (3) semester sahaja. (Mulai sesi 1 2021/2022)
Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM2, 400.00 sepanjang satu semester.
– Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
– BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
– Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM5,249.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
– Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
– Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
– Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
Kaedah PermohonanTatacara permohonan ini hanya bagi pelajar baharu Kolej Komuniti Tapah sahaja.
 
Tatacara permohonan :
Muat turun borang permohonan.
 
 
Isi dengan lengkap dan tepat maklumat pada borang permohonan.
 
Lampirkan dokumen/ salinan dokumen berikut :
– Salinan kad pengenalan pelajar
– Salinan kad pengenalan bapa/ibu/penjaga
– Slip gaji ibu/bapa penjaga
  atau
  borang pengesahan pendapatan JPKK
  (jika bekerja sendiri)
 
* Semua dokumen perlu disahkan.
 
Hantar borang permohonan dan dokumen-dokumen tersebut kepada Pegawai Biasiswa Kolej Komuniti Tapah semasa hari pendaftaran.