SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA Kolej Komuniti Tapah telah diakredit oleh MQA membawa maksud diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pengiktirafan ini boleh digunakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi tujuan pelantikan dalam Perkhidmatan Awam. Pengiktirafan ini juga boleh digunakan bagi tujuan permohonan melanjutkan pengajian seterusnya di institusi pengajian awam.