Unit Perhubungan Industri dan Alumni

Pengenalan

Unit Perhubungan Industri dan Alumni merupakan salah satu unit sokongan yang menguruskan penempatan pelajar ke firma swasta dan badan kerajaan untuk menjalani latihan industri bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa Negara. Unit ini amat mengalu-alukan penglibatan secara langsung atau tidak langsung terhadap firma swasta ataupun badan kerajaan untuk menempatkan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tapah serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar serta meningkatkan peluang pekerjaan.

Unit ini juga menjalinkan kerjasama dan merapatkan jaringan antara Kolej Komuniti Taapah dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO bagi memperkasa jaringan kolaborasi strategik, meningkatkan efisiensi Kolej Komuniti Tapah serta pemerkasaan komuniti dan peningkatan taraf hidup masyarakat.

Fungsi & Peranan

  • Menguruskan proses Latihan Industri kepada pelajar yang layak.
  • Menjadi perantara di antara pelajar dengan organisasi luar yang menjadi tempat latihan pelajar.
  • Mengawal selia pemantauan dan penyeliaan Latihan Industri pelajar.
  • Menyediakan penilaian Latihan Industri pelajar.
  • Menyelaras aktiviti Latihan Industri.
  • Melaksanakan tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan ke atas pencapaian objektif Latihan Industri pelajar.
  • Melaksanakan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO.