Kata Aluan Pengarah

Selamat Datang ke Portal Kolej Komuniti Tapah.

Tahniah dan terima kasih diucapkan atas daya usaha semua pihak yang terlibat dalam membangunkan portal ini sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini serta menjadi lebih interaktif dan berinformasi. Saya yakin inisiatif yang mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi mampu meningkatkan integriti, keberkesanan pentadbiran serta tadbir urus yang baik.

Saya amat berharap portal ini menjadi media komunikasi terbaik bagi menyampaikan infomasi yang tepat, berfungsi sebagai pusat pengurusan maklumat bersepadu serta menjadi arkib penerbitan dan aktiviti-aktiviti Kolej Komuniti Tapah.

Semoga dengan kerjasama semua pihak, portal ini akan dikemaskini secara berterusan dan berfungsi sebagai media komunikasi dan rujukan para pelajar, staf serta netizen amnya.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi melayari Portal Kolej Komuniti Tapah. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

Sekian.

Ahmad Nashad Bin Zakaria

Pengarah

Kolej Komuniti Tapah