Info KKT

Konsep penubuhan Kolej Komuniti Tapah adalah berdasarkan keperluan masyarakat setempat dan berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Di samping itu, penubuhan Kolej Komuniti Tapah juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan latihan dan pendidikan secara berterusan bagi melahirkan masyarakat berpengetahuan (K-Community) Kolej Komuniti Tapah mula beroperasi pada tahun 2009 di Wisma Chan Poh Lim, Tapah, Perak. Pengambilan pelajar kumpulan pertama adalah pada Januari 2010.

Program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tapah ialah Sijil Teknologi Senibina yang merupakan satu program kemahiran yang menumpukan kepada penghasilan lukisan teknikal dalam bidang senibina berdasarkan kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kursus-kursus pendek juga dilaksanakan bagi untuk membantu membangunkan potensi diri kumpulan sasar komuniti setempat. Kursus ini bercirikan program terlanggan (customised programme) iaitu dilaksanakan dengan lebih fleksibel untuk pekerja industri selaras dengan agenda Revolusi Industri 4.0. Kumpulan sasaran ialah golongan miskin tegar, orang asli, OKU, ibu tunggal, belia dan warga emas/pesara dengan ilmu kemahiran hidup dan teknikal serta keusahawanan.