SELAMAT DATANG KE KOLEJ KOMUNITI TAPAH
Kolej Komuniti Tapah menawarkan program SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA dengan tempoh pengajian selama 4 semester termasuk latihan industri. Program ini merupakan program kemahiran penghasilan lukisan teknikal dalam bidang senibina berdasarkan kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran tentang teknik penghasilan lukisan secara manual dan dengan menggunakan perisian komputer serta diberi kemahiran menghasilkan model bangunan.