MENU PELAWAT
Program Pengajian Sepenuh Masa
Kolej Komuniti Tapah menawarkan program SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA dengan tempoh pengajian selama 4 semester termasuk latihan industri. Program ini merupakan program kemahiran penghasilan lukisan teknikal dalam bidang senibina berdasarkan kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran tentang teknik penghasilan lukisan secara manual dan dengan menggunakan perisian komputer serta diberi kemahiran menghasilkan model bangunan.
Permohonan dibuka bagi kemasukan sesi 2 2022/2023. Keterangan lanjut program SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA di Kolej Komuniti Tapah, sila layari aplikasi iDaftar.
_____________________________________________________________________________________________________
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Kolej Komuniti Tapah juga menawarkan Kursus Pendek bagi tujuan untuk membantu membangunkan potensi diri kumpulan sasar komuniti setempat. Pelbagai kursus pendek yang dilaksanakan di kolej komuniti dan di luar kolej bagi meningkatan kemahiran komuniti setempat. Kumpulan sasaran ialah golongan miskin tegar, orang asli, OKU, ibu tunggal, belia dan warga emas/pesara dengan ilmu kemahiran hidup dan teknikal serta keusahawanan.
Permohonan dan keterangan lanjut sila layari aplikasi ePSH.