Portal Kelab Staf Kolej Komuniti Tapah
Follow us at Facebook Follow us at twitter
 

Amalan Normal Baharu Warga KK Tapah

 
 
 
  • Merekod suhu badan dan melakukan saringan gejala staf setiap hari sebelum mula bertugas.
 
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
 
  • Staf digalakkan memakai penutup mulut dan hidung setiap masa.
 
  • Patuhi jarak sosial sekurangnya 1 meter apabila berurusan dengan orang lain.
 
  • Polisi tidak bersalaman.
 
  • Mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.
 
  • Pembersihan tempat kerja dilakukan dengan konsisten setiap hari.
 
  • Menjalankan mesyuarat dan perbincangan secara maya.
 
  • Staf bertugas di pejabat mengikut jadual bekerja secara pengiliran.
   
  • Staf yang kurang sihat tidak dibenarkan hadir ke pejabat. Maklumkan kepada ketua jabatan dan dapatkan penganti untuk bertugas di pejabat.
 
  • Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilakukan secara maya:
    - Google Classroom, Cisco Webex dan siaran langsung di Facebook
    - Nota dan modul digital (format pdf dan MS-PowerPoint)
    - Video (dimuat naik ke YouTube)
    - Latihan dan penilaian maya (Edpuzzle, Quizizz dan Kahoot)

    Pensyarah perlu menjadi lebih kreatif serta memanfaatkan penggunaan teknologi yang ada demi memastikan proses pembelajaran pelajar tidak terabai sepanjang tempoh PKP berlangsung.
 
  • Staf perlu memaklumkan kepada ketua jabatan jika kes disyaki wujud di kolej.
 
  • Ketua jabatan perlu melapor segera ke Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19 di kolej.
 
 
 
 
 
Aktiviti Kelab:
23 Julai 2020 : Pemilihan baharu Jawatankuasa Kelab Staf Kolej Komuniti Tapah.
27 Julai 2020 : Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Staf Kolej Komuniti Tapah
Ogos 2020 : Pertandingan ping pong tertutup dengan kerjasama Unit sukan Hal Ehwal Pelajar.
6000
MENU PELAWAT
MENU AHLI

MENU PELAWAT

Selamat Datang Ke Portal Kelab Staf Kolej Komuniti Tapah

Kelab Staf Kolej Komuniti Tapah telah ditubuhkan secara rasminya pada Februari 2016 oleh jawatankuasa kecil kelab. Kelab ini dikenali sebagai Kelab Staf KK Tapah dan beralamat di Wisma Chan Poh Lim, 35000 Tapah, Perak untuk sebarang urusan surat menyurat.

Portal ini merupakan satu media komunikasi dan arkib aktiviti-aktiviti Kelab Staf Kolej Komuniti Tapah.

 

Kursus Pendek

MENU AHLI

 

Selamat Datang Ke Portal Kelab Staf Kolej Komuniti Tapah

Keahlian Kelab Staf KK Tapah adalah secara automatik kepada semua kakitangan yang berkhidmat di Kolej Komuniti Tapah. Objektif penubuhan Kelab Staf KK Tapah adalah untuk memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di kolej  lebih kondusif dan produktif.

  • Borang Keahlian
  • Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab

  •  
    Pengajian Sepenuh Masa