Kolej Komuniti Tapah
Tel | : 05-4010072 |
Faks | : 05-4010073 |
: admin@kktapah.edu.my | |
FB | : https://www.facebook.com/KKTapah |
Latihan industri membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri, firma atau jabatan kerajaan yang berkaitan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara. |
Tempoh latihan industri memerlukan pelajar ditempatkan di industri yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester (16 minggu / 24 minggu). Tempoh yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency – MQA). |
Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dalam bidang masing-masing. | |
Mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang terbaru di pasaran. | |
Mendapat pengalaman bekerja di industri / organisasi berkaitan bidang masing-masing. | |
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar. | |
Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja. | |
Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan. | |
Menghayati nilai / etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab. | |
Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja. | |
Menyediakan laporan teknikal berkaitan bidang masing-masing. | |
Meningkatkan peluang pekerjaan. | |
Merapatkan jaringan antara kolej komuniti dengan industri. |